Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"

Monday, April 25, 2011

Layout Asal B.U.A.i feizal

Pada awal kewujudan blog B.U.A.i feizal a.k.a AnakAbah dulu, ini la ghuper asal dia! Upin Ipin jugak yang jadi pilihan. Hehe...

Klik untuk wajah baru --> http://buaifeizal.blogspot.com/

Saturday, March 12, 2011

Cerita Qamilia Bermula...

Assalamualaikum dan salam 1malaysia...

17 Dec 2010, tarikh setelah hampir 2 minggu aku mencari sedikit ilmu untuk ber'blog'ging dan memperkemaskan interface blog BF nie, hari ini dengan rasminya aku membuat post sulung. Ops! tapi kenapa hari ini?

17 Dec 2010 adalah tarikh yang paling bermakna dalam hidup aku (eh!hidup isteri aku jugak..) setelah hampir 4 tahun kami menunggu...berusaha...dan berdoa...hari ini isteri tercheeenta telah selamat melahirkan puteri sulung kami, Nur Qamilia Irdina, "cahaya suci kehormatan kami"... Segala puji dan syukur kehadrat ilahi atas kurniaan-NYA, Alhamdulillah. Diari pertama, kelahiran Qamilia akan menyusul di'blog BF nie.

Hurmm..inspirasi awal aku untuk ber'blog'ging adalah anak aku, sebagai diari kehidupan dari saat dia lahir sampai lah dia mampu untuk mengenal erti hidup. Dan disinilah dia mungkin mengetahui sesuatu...yang terlupa untuk diceritakan ketika saat dia mula kenal apa itu cerita...apa itu hidup...siapa abah..siapa mama...(4-5 tahun lagi tue kot.heee...).

Aku juga akan cuba untuk berkongsi segala maklumat, ilmu atau nasihat yang aku fikir boleh memberi manfaat kepada kita semua. Tidak kira lah manfaat dari sudut apa sekali pun, baik duniawi mahu pun akhirat yang abadi.


p/s: post pendek mcm ni pun susah utk aku siap habiskan...isk..isk...